Suspek, James T Hodgkinson

WASHINGTON – Seorang lelaki bersenjata api yang melepaskan tembakan kepada wakil Republikan semasa latihan besbol di pinggir bandar Washington DC maut.

Ahli Dewan Rakyat, Steve Scalise merupakan satu daripada lima yang cedera dalam serangan hendap pada awal pagi di sebuah taman di Alexandria, Virginia.

Penyerang yang dipercayai dari Illinois dikenali sebagai James T Hodgkinson, terbunuh selepas bertempur dengan polis.

Dua pegawai polis dilaporkan cedera.

Yang cedera termasuk dua pegawai dengan luka tidak mengancam nyawa.

Presiden Donald Trump menyifatkan serangan itu sangat, sangat kejam.

Scalise – yang ditembak di pinggul dan berada dalam keadaan kritikal selepas pembedahan – seorang ‘patriot dan pejuang’.

itu berlaku ketika wakil-wakil Republikan sedang berlatih bagi perlawanan tahunan di National Park.

Polis berkata, Biro Siasatan Persekutuan telah mengambil alih siasatan kes.

Senator Jeff Flake memberitahu, suspek telah bertanya kepada beliau sama ada Republikan atau Demokrat yang sedang berlatih sebelum melepaskan tembakan.

Manakala Senator Rand Paul percaya tanpa kehadiran polis Capitol Hill keadaan mungkin lebih teruk.

“Kami tidak ada pertahanan langsung. Kawasan ini seperti medan pembunuhan,” katanya. – MalaysiaGazette