Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga kanan) beramah mesra bersama segelintir Orang Kelainan Upaya (OKU) dan orang ramai semasa berbuka puasa di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 15 JUN 2017
KUALA LUMPUR Tidak seperti kebiasaan, majlis berbuka puasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini lebih sederhana dan santai ketika mengunjungi Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini malam tadi.
Sebelum perdana menteri berbuka puasa bersama 200 sukarelawan iM4U, beliau sempat mengedarkan 1,000 bubur lambuk dan 500 nasi ayam kepada orang ramai.
Najib kemudiannya ke balai pelepasan TBS untuk menampal pelekat logo Negaraku di atas bas Transnasional yang akan berlepas ke Melaka.
Beliau turut menaiki bas berkenaan untuk menyantuni hampir 40 penumpang sambil memberi sumbangan kepada mereka.
Selain itu, Najib turut meluangkan masa hampir 20 minit untuk berbuka puasa bersama 40 warga emas dari Rumah Al-Fitrah, Kajang dan 20 orang dari Persatuan Orang Kerdil.
Usai berbuka puasa, perdana menteri menunaikan solat Maghrib bersama kira-kira 300 para penumpang dan warga kerja TBS di ruang legar terminal utama.- MalaysiaGazette