TRX City Sdn. Bhd. (TRX City) telah membuat laporan polis berhubung pemindahan dana entiti itu berjumlah RM3 bilion kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tun Razak Exchange

KUALA LUMPUR – Kumpulan perbankan terbesar Eropah, HSBC melabur RM1.064 bilion (AS$250 juta) bagi membina sebuah ibu pejabat HSBC Malaysia di Tun Razak Exchange (TRX) dekat sini.

Ini menjadikannya kumpulan perbankan asing pertama yang melabur di TRX yang merupakan daerah kewangan pertama di Malaysia yang juga bakal menjadi hab kewangan Asean.

Dalam kenyataannya, Ketua Pegawai HSBC Malaysia, Muhtar Hussain berkata, keputusan strategik untuk melabur di TRX adalah satu pencapaian kepada HSBC yang berhasrat untuk memantapkan lagi pelan pengembangan francais dan kedudukannya di negara ini.

“HSBC menikmati kemakmuran 130 tahun kejayaan perniagaan di Malaysia meletakkan pasaran ini sebagai pasaran utama HSBC Group di peringkat global dan pelaburan ini akan mengukuhkan lagi pelan pertumbuhan kami di sini.

“Kerjasama antara HSBC dan TRX menunjukkan komitmen kami kepada pekerja, komuniti dan perniagaan di Malaysia dalam meletakkan negara ini sebagai peranan penting dalam strategi HSBC di ASEAN.

“TRX terletak strategik di tengah-tengah pusat bandar Malaysia dan akan menjadi nadi kepada status Malaysia sebagai pusat kewangan serta perniagaan negara yang dijangka akan menarik banyak syarikat multinasional dan tempatan kelak,” katanya.

Terdahulu, HSBC hari ini memeterai perjanjian jual beli dengan TRX City Sdn Bhd (TRX City) yang membabitkan pengambilalihan fasa pertama ruang pejabat dengan keluasan minimum 568,000 kaki persegi.- MalaysiaGazette