Asap dari resort Le Campement Kangaba selepas resort itu diserang oleh dua pengganas. foto Agensi

MALI – Dua terbunuh apabila dua lelaki bersenjata menyerang sebuah resort di sini.

Menteri Keselamatannya, Salif Traore berkata, serangan yang dilakukan oleh pengganas itu telah ditumpaskan oleh tentera kerajaan dan pasukan polis khas.

Kesemua 32 orang tebusan berjaya dibebaskan.

“Tentera kerajaan bertempur dengan lelaki bersenjata di resort mewah Le Campement Kangaba, di Bamako.

Menurut kementerian keselamatan, salah seorang pengganas berjaya melarikan diri, selepas cedera dengan meninggalkan mesingan dan botol diisi dengan bahan letupan.

Kementerian itu berkata, dua lagi orang cedera, termasuk seorang orang awam. – MalaysiaGazette