Pasukan penyelamat memberi bantuan kecemasan kepada mangsa yang cedera dirempuh di Beberapa orang telah cedera selepas sebuah van merempuh kawasan pejalan kaki di Seven Sisters Road. foto Agensi

LONDON – Beberapa orang telah cedera selepas sebuah van merempuh kawasan pejalan kaki berhampiran sebuah masjid di utara London.

Seorang suspek telah ditangkap dipercayai pemandu van berkenaan selepas kejadian yang berlaku berhampiran Masjid Finsbury Park di Seven Sisters Road.

Polis telah berada di kawasan berkenaan selepas menerima panggilan dan perkhidmatan ambulans London juga telah menghantar beberapa ambulans ke tempat kejadian.

Majlis Muslim Britain (MCB) mendakwa van berkenaan telah secara sengaja melanggar jemaah yang baharu sahaja meninggalkan masjid selepas berbuka puasa.

Seorang saksi yang tinggal di rumah pangsa di Seven Sisters Road berkata, beliau nampak orang menjerit.

“Semua orang menjerit pada van yang merempuh orang. Van putih yang berhenti di Masjid Finsbury Park dipercayai merempuh orang ramai yang keluar daripada masjid itu,” katanya. – MalaysiaGazette