Donald Trump

WASINGTON – Presiden Donald Trump masih belum mengutuk serangan ke atas orang Islam di London, contoh terbaharu yang mana beliau kelihatan lambat memperkatakan tentang keganasan apabila melibatkan orang Islam menjadi mangsa.

Tidak seperti serangan lain yang menyasarkan orang awam, ia tidak terdapat ulasan awal di akaun Twitter yang menyuarakan simpati kepada mangsa atau ikrar menentang ideologi keganasan, lapor AP.

Suara pertama White House yang membuat komen terhadap serangan pada Ahad lalu ialah anak perempuan Trump, Ivanka yang menyatakan dalam akaun Twitter bahawa beliau ‘terharu dan berdoa’. Beliau menambah: “Kita perlu bersatu menentang kebencian dan ektremisme dalam semua bentuk yang buruk ini,”.

Sebagai presiden, Trump telah mengambil langkah untuk melindungi orang Islam daripada keganasan, termasuk serangan peluru berpandu terhadap tentera Syria selepas menyalahkan serangan kimia yang mengorbankan berpuluh-piuluh orang awam.

Kumpulan-kumpulan pembelaan Muslim berkata, mereka melihat perbezaan Trump memberi respon apabila orang Islam adalah pelaku serangan dan bukannya menjadi sasaran. Mereka melihat terdapat perbezaan, menerusi kempen retorik kasar Trump mengenai Islam dan cubaan untuk menghalang sementara pendatang dari negara-negara majoriti Islam.

“Adalah sukar Presiden Trump menjawab mengenai serangan keganasan terhadap orang Islam,” kata Ibrahim Hooper dari Malis Hubungan Amerika-Islam. “Tindakan membisu atau terlalu lambat memberi mesej negatif kepada masyarakat Islam Amerika bahawa nyawa dan keselamatan mereka tidak sepenting nyawa dan keselamatan warga-warga lain,”.

Pemerhatian teliti respon-respon Trump timbul di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan jenayah kebencian terhadap orang Islam di negara-negara yang telah mengalami serangan yang dikaitkan dengan Islam. Dalam kejadian terbaharu pada Ahad lalu, sekurang-kurangannya sembilan orang cedera apabila seorang lelaki merempuh kumpulan orang ramai di luar sebuah masjid dengan van. Polis menyifatkan tindakan itu sebagai serangan keganasan.

Bagi United Kingdom, ia merupakan serangan terbaharu yang menyusul daripada tiga serangan sebelum itu dalam tempoh beberapa bulan. Selepas dua serangan – serangan berhampiran Parlimen pada Mac lalu dan serangan di Jambatan London pada Jun lepas – Trump dengan pantas mengungkapkan perpaduan dan menggesa tindak balas dilakukan

Kumpulan Islamic States (IS) mendakwa bertanggungjawab, Trump kemudian menarik perhatian pemimpin-pemimpin Britain apabila beliau berulang kali merendah-rendahkan Datuk Bandar London, Sadiq Khan yang beragama Islam, untuk responnya kepada serangan tersebut.

Ketika Trump melawat Tebing Barat pada Mei lalu yang mana IS mengaku bertanggungjawab terhadap satu lagi serangan: pengebom berani mati pada konsert di Manchester. Beliau dengan pantas mengutuk pelakunya sebagai ‘evil losers’ yang membunuh ‘orang muda, cantik dan tidak bersalah yang hidup dan menikmati kehidupan mereka’.

Pegawai-pegawai dan agensi-agensi Amerika Syarikat lain secara konsisten mengutuk serangan ganas – tanpa mengira keadaan. Pada Isnin, jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert berkata, Amerika Syarikat ‘mengutuk sekerang-kerasnya serangan malam tadi yang dilihat menjadikan umat Islam sebagai sasaran di London’, ketika Setiausaha Akhbar White House, Sean Spicer memberitahu wartawan bahawa kakitangan Trump sedang memberi maklumat terkini kepada beliau.

“Ingatan dan doa kita pergi kepada mangsa dan keluarga mereka dan kami telah menjelaskan kepada rakan sekutu Britain bahawa pendirian kami untuk menyediakan sebarang ssokongan dan bantuan,” kata Spicer.

Dalam mempertahankannya, penyokong-penyokong Trump sedar selepas tentera pemimpin Syiria, Bashar Assad dituduh menggunakan senjata kimia terhadap penduduk Syria, Trump campur tangan dengan serangan dilakukan Amerika Syarikat untuk menghentikannya daripada berulang. Dalam situasi yang sama pada 2013, Presiden Barack Obama menolak langkah seumpama itu untuk melindungi nyawa orang Islam.

“White House tidak memberi sebarang respon yang diminta pada Isnin. Namun pada awal tahun ini Kellyanne Conway, Penasihat Kanan White House mencadangkan isu yang perlu ditangani, apabila menyedari Trump ‘tidak menyatakan dalam akaun Twitter mengenai apa sahaja’.

“Saya tahu dia bersimpati terhadap sebarang kehilangan nyawa. Ia bodoh dan perlu dihetikan tanpa mengira siapa yang melakukan serangan,” kata Conway kepada CNN pada Februari.

Dalam sesetengah kes, Trump menyuarakan sokongan kepada orang Islam yang menjadi mangsa serangan beberapa hari kemudian, atau dengan amaran yang jarang dikeluarkan.

Apabila dua orang lelaki yang mempertahanan dua wanita Islam daripada kumpulan anti Islam terbunuh di Portland, Oregon pada bulan lalu, Trump menunggu selama tiga hari sebelum menyifatkan serangan tersebut ‘tidak boleh diterima’ dan memuji lelaki yang menegakkan ‘penentangan kebencian dan ketidakselarasan’. Beliau juga menunggu untuk menyatakan simpati kepada Kanada selepas serangan masjid di Quebec.

Apabila IS menyerang ibu negara Iran, negara Islam syiah, pentadbiran Trump melihatnya sebagai musuh utama AS, White House menyatakan kesedihan terhadap mangsa-mangsa ‘dan penduduk Iran’. Bagaimanapun kenyataan dua perenggan itu menyalahkan Iran dengan berkata, negara-negara ‘yang menaja keganasan menghadapi risikp menjadi mangsa kepada pelakuan jahat yang mereka promosikan,”.