Najib Razak

KUALA LUMPUR – Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, Perdana Menteri meminta pengguna jalan raya berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas.

Keadaan lalu lintas di Plaza Tol Gombak menghala pantai timur kelihatan lancar biarpun segelintir warga kota sudah mula pulang ke kampung sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Plaza Tol Gombak, Selangor. foto IQBAL BASRI, 22 JUN 2017.

“Yang memandu, berhati-hati dan patuhi peraturan lalu lintas, saya doakan perjalanan anda selamat, Insya-Allah,” pesan Datuk Seri Najib Razak melalui Facebook beliau.

Warga kota sudah mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada hari Ahad ini. – MalaysiaGazette