Keadaan feri empat dek yang tenggelam di empangan El Penol di Guatape. foto Agensi

BOGOTA – Sekurang-kurangnya sembilan terbunuh dan 30 lagi hilang selepas sebuah feri yang membawa kira-kira 150 orang pelancong terjunam dalam empangan di barat laut Colombia.

Polis tidak memaklumkan punca feri Almirante empat dek terjunam ke dalam empangan El Penol di Guatape, lokasi tumpuan pelancong Columbia.

“Setakat ini tiga orang mati dan kira-kira 30 hilang,” kata komander polis, Jorge Hernando Nieto pada BluRadio.

Tentera udara berkata, helikopter dalam penerbangan untuk operasi menyelamat.

Empangan air itu terletak di 68 kilometer dari bandar Medellin.

Pegawai penyelamat berkata, situasi itu nampak serius dan mangsa-mangsa telah dihantar ke hospital tempatan di Guatape.

“Ia tenggelam sangat cepat… dalam beberapa minit.

“Apa yang kita lihat dalam video feri itu sangat dekat dengan pelabuhan… dan kita tidak tahu ia berlaku sama ada berpunca daripada kegagalan mekanikal, terlebih muatan atau sesuatu yang berkaitan dengan arus yang menyebabkan ia tenggelam.” kata Luis Bernardo Morales, seorang kapten perkhidmatan kebakaran yang terlibat dalam usaha menyelamat.

Guatape merupakan lokasi pelancongan pada hujung minggu.

Perkhidmatan bomba daripada tujuh bandar turut dipanggil untuk memberi bantuan serta lima penyelam.

Morales memberitahu, kawasan kejadian sukar untuk sampai dan pasukan kevemasan sudah mula menyertainya.

Presiden Juan Manuel Santos berkata, kerajaan sudah menyediakan semua bantuan yang diperlukan. – MalaysiaGazette