JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan dua tahun cedera di jari kanan kerana tersepit di eskalator di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.

Difahamkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.28 petang tadi sebelum 11 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Maklumat awal diterima, kanak-kanak itu tersepit dua jari kanan di eskalator di tingkat tiga Plaza Angsana. – MalaysiaGazette