Kediaman Presiden Brazil

SAO PAULO – Seorang pemandu kereta ditahan kerana merempuh pagar Istana Presiden Brazil.

Ketika kejadian, Michel Temer tiada di istana tersebut kerana menetap di kediaman rasmi di Jaburu.

Pengawal kediaman itu telah melepaskan tembakan amaran sebelum melepaskan tembakan apabila kereta itu enggan berhenti.

Pemandu itu tidak cedera dan kereta berkenaan berhenti di dalam kawalan di Istana Alvorada.

Semua jalan ke kawasan itu ditutup sejurus insiden. – MalaysiaGazette