Home Nasional Bapa tiri dera kanak-kanak direman 7 hari

Bapa tiri dera kanak-kanak direman 7 hari

BESUT – Bapa tiri seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia dipercayai didera di Felda Tenang, Hulu Besut, direman tujuh hari bermula hari ini.

Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah mengeluarkan perintah tersebut setelah dipohon oleh pihak polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit ksalahan.

Dalam kejadian awal pagi Rabu, Muhammad Hiril Amsyar Abdul Rahman disahkan meninggal dunia ketika dibawa suspek untuk mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Daerah Besut kira-kira jam 3.30 pagi dengan alasan terjatuh daripada motosikal.

Namun, hasil pemeriksaan awal mendapati punca kematian mangsa tidak konsisten dengan keterangan suspek bahawa beliau dan mangsa telah terlibat dalam kemalangan motosikal .

Semalam, pihak polis mendedahkan bahawa laporan forensik mengesan terdapat kesan koyakan pada usus kecil mangsa. – MalaysiaGazette