KOTA KINABALU – Padiberas Nasional Berhad (Bernas) menafikan ada membuat pengumuman mengenai harga baharu untuk mana-mana beras kepada pemborong beras di Sabah seperti ditularkan di media sosial.

Pengurus Besar Bernas Sabah Jasnih Daya berkata, sekiranya ada sebarang perubahan harga, pejabat Bernas Sabah akan dimaklumkan secara rasmi oleh Ibu Pejabat Bernas di Kuala Lumpur berhubung perkara itu.

Setakat ini tidak ada arahan atau maklumat diterima berhubung perubahan itu,? katanya dalam kenyataan di sini hari ini melalui aplikasi WhatsApp.

Katanya pihak Bernas Sabah juga telah menerima arahan daripada Pengarah Urusan Bernas Malaysia supaya memfailkan saman fitnah terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan itu.

Maklumat yang tular dalam media sosial di sini hari ini, memetik sumber dari Pengerusi Berasabah, menyebut bahawa harga beras dinaikkan RM1 untuk kampit seberat 10 kilogram (kg)

dan RM0.50 untuk 5kg.

— BERNAMA