Edisi Samsung Galaxy Note Fan

SEOUL – Samsung akan mengeluarkan telefon baharu, menggunakan bahagian-bahagian daripada Galaxy Note 7, yang pengeluarannya dihentikan selepas baterinya mengalami masalah yang menyebabkan kebakaran.

Firma itu berkata, Note Fan Edition akan “meminimumkan impak alam sekitar” yang berprofil tinggi.

Telefon bimbit itu akan dijual hanya di Korea Selatan pada 7 Julai ini dengan bateri yang lebih selamat dan lebih kecil, tambah firma itu.

Samsung menghentikan pengeluaran Note 7 lewat tahun lepas selepas penarikan balik.

Sekitar 2.5 juta telefon bimbit itu telah ditarik balik.

“Telefon baharu ini mempunyai komponen daripada peranti yang ditarik balik serta bahagian stok yang tidak digunakan. Baterinya lebih kecil,” kata Samsung.

Para pencinta alam sekitar telah memberi tekanan kepada Samsung supaya untuk menggunakan semula komponen Galaxy Note 7 untuk mengurangkan sisa pepejal.

Katanya, kira-kira 400,000 telefon bimbit akan mula dijual pada hari Jumaat. Ia akan berharga kira-kira 30 peratus lebih murah daripada Galaxy Note 7 di sekitar 700,000 won Korea (AS$ 15; £ 472).

Peranti ini akan dipasang dengan bateri 3,200 mAh yang telah menjalani ujian keselamatan yang ketat.

Note 7 menggunakan bateri 3,500 mAh. – MalaysiaGazette