SPRM

SUNGAI PETANI – Dua orang koperal polis direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tuduhan rasuah membabitkan RM10,000 pada April lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin kira-kira pukul 11.30 pagi terhadap kedua-dua anggota polis berumur 34 dan 37 tahun itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

SPRM dalam satu kenyataan menyebut, kedua-dua anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda itu ditahan kira-kira pada pukul 2 petang semalam kerana dipercayai terlibat dalam permintaan wang rasuah berjumlah RM10,000 daripada seorang pengadu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan atas aktiviti pinjaman wang tanpa lesen pada 11 April lalu.

— BERNAMA