MANCHESTER – Kapten Manchester United, Wayne Rooney berhasrat untuk menyertai Everton secara perpindahan percuma pada musim panas ini.

Ini kerana United dilaporkan akan mengetepikan rancangan bayaran perpindahan £10 juta.

The Toffees sebelum ini dikatakan bersedia membayar £10 juta dan telah menawarkan Rooney gaji sebanyak £150,000 seminggu.

Namun United dikatakan bersetuju untuk melepaskan bintang mereka itu menyertai Everton secara percuma.

Semalam, Rooney dilihat membeli belah dengan keluarganya di sebuah pasar raya di Cheshire di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast