Home Ekonomi Microsoft buang pekerja

Microsoft buang pekerja

SAN FRANCISCO – Microsoft telah melakukan proses pembuangan beribu-ribu orang kakitangannya yang sebahagian besar melibatkan bahagian jualan.

Langkah itu dibuat ketika Microsoft menyusun semula organisasi jualan yang besar bagi memberi tumpuan kepada penjualan produk-produk komputer awan dan jualan industri-industri tertentu.

Pengurangan itu juga akan melibatkan beberapa kumpulan yang menyokong kakitangan jualan termasuk Bahagian Teknologi Maklumat Microsoft, korporat, jualan dan Bahagian Hubungan Perundangan, menurut sumber.

Ia dijangka membabitkan beribu-ribu pekerja tanpa memberikan spesifikasi.

Kebanyakan pekerja yang terjejas terletak di luar Amerika Syarikat.

Penstrukturan organisasi itu, selalunya termasuk pemberhentian, adalah langkah tahunan apabila kalendar fiskal Microsoft merosot pada tahun baharu pada awal bulan Julai.

Microsoft memulakan tahun fiskalnya yang baharu pada hari Isnin lalu dengan memo 1,500 perkataan oleh Ketua Jualan Perniagaan, Judson Althoff dihantar kepada pekerja jualan dan pemasaran Microsoft.

Pemberhentian tidak disebutkan, tetapi memo itu – juga ditandatangani oleh Ketua Subsidiari Jualan Global Jean-Philippe Courtois dan Ketua Pegawai Pemasaran, Chris Capossela yang meminta para pekerja jualan “beroperasi dengan cara yang baru.”

E-mel terperinci pelbagai perubahan kepada organisasi kumpulan jualan Microsoft bertujuan memudahkan pasukan jualan syarikat.

Sebelum proses pengurangan ini, kira-kira 50,000 atau 40 peratus daripada kira-kira 121,500 pekerja Microsoft bekerja dalam bahagian jualan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast