HAMBURG – Buat pertama kalinya Amerika Syarikat diwakili oleh seorang lagi Trump semasa persidangan kemuncak G20 apabila anak presidennya, Ivanka duduk satu meja dengan pemimpin-pemimpin dunia.

Bekas model berusia 35 tahun itu duduk semeja dengan Presiden China, Xi Jinping,Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Canselor Jerman, Angela Merkel dan Perdana Menteri Britain, Theresa May.

Perkara ini disahkan oleh para diplomat dan White House.

Insiden tersebut menyemarakkan lagi tuduhn terhadap isu nepotisme pemimpin Amerika Syarikat itu.

Seorang pegawai White House memberitahu AFP, Ivanka pada mulanya berada di bahagian belakang bilik berkenaan dan kemudiannya menyertai meja utama apabila presiden melangkah keluar.

Kejadian tersebut berlaku apabila Presiden Bank Dunia mula bercakap mengenai topik berhubung pembangunan Afrika, satu kawasan yang akan mendapat manfaat daripada kemudahan yang baharu sahaja diumumkan Bank Dunia.

Tegas pegawai berkenaan “apabila pemimpin-pemimpin lain keluar, kerusi mereka akan segera digantikan oleh orang lain.”

Bagaimanapun tindakan Trump telah mengundang pelbagai reaksi. – MalaysiaGazette