INILAH gambar surat yang dihantar melalui kurier yang kosong tapi didakwa santau oleh penerimanya.

KUALA LUMPUR – Kalau dahulu kita mendengar orang kena santau kerana ada benda yang ditanam dalam kawasan rumah.

Ada juga terkena santau angin ketika minum di restoran dan ada yang terkena menggunakan gambar individu yang diperoleh dari laman sosial sahaja.

Malah ada gambar profail WhatApss juga dijadikan bahan mengenakan menyantau.

Kali ini ada menggunakan perkhidmatan kurier menghantar santau.

Semalam seorang lelaki yang dikenali sebagai Abdillah Mignolet dalam laman sosialnya berkongsi cerita pengalamannya.

Ia semua bermula apabila dia menerima surat kurier kosong pada awal bulan Ramadan lalu.

Mula-mula hairan siapa menghantarnya kerana alamat pengirimnya tidak jelas dan dia tidak ada menempah apa-apa barangan melalui online.

“Aku pun bukala sampul tu. Apa kat dalam adalah kosong. Ye kosong tapi satu bau yang sangat wangi muncul..satu malam semua orang tegur aku wangi semacam sampai aku berpeluh bau itu makin kuat.

“Esoknya aku bangun. Aku jadi lemah sangat. Aku biasanya ok tapi hari tu aku rasa lain dan hari-hari berikutnya. Aku jadi orang lain. Ramai jugak kawan-kawan fb. Kawan kerja yg tegur aku berubah tapi apa aku boleh buat?” tulisnya dalam statusnya yang tular semalam.

Akibatnya, dia menjadi pelupa dan hilang semangat, jiwa menjadi kosong malah merasakan waktu terlalu panjang selain gemar duduk dalam gelap.

Sikapnya yang suka menolong orang yang memerlukan duit juga berubah kepada panas baran jika ada yang meminta tolong.

Satu lagi dia hilang selera makan cuma asyik minum air sahaja sebab mendakwa badannya panas.

Pada mulanya dia tidak sedar perubahan dirinya namun selepas dirawat dia kini sudah pulih.

Justeru, dia menasihati orang ramai supaya berhati-hati sekiranya menerima bungkusan daripada pengirim yang tidak dikenali.

“Selepas ini, kalau korang dapat parcel dari sender yang korang tak pasti….check dulu ye. Hati-hati kita tak kenal siapa musuh kita….siapa yang cemburu tengok kita,” nasihatnya.- MalaysiaGazette