Akbar Sahari

KUALA LUMPUR – Bekas suami pelakon Rita Rudaini, Akbar Sahari telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya semalam ke atas sebuah blog hiburan.

Akhbar yang juga pengulas sukan Astro Arena berkata, laporan iti dibuat kerana artikel di sebuah blog hiburan pada Ahad lalu berunsur fitnah sehingga boleh menjejaskan reputasinya.

Beliau turut menyifatkan laporan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.

Akbar turut memohon agar artikel berkenaan ditarik balik dalam tempoh 48 jam serta pihak berkenaan membuat permohonan maaf bagi menggelakkan kekeliruan masyarakat.

Pada Ahad lalu, artikel blog itu mendakwa Akbar kembali menjalinkan hubungan mesra dengan Rita termasuk menyiarkan foto-foto peribadi termasuk ahli keluarganya tanpa kebenaran.

Akhbar mendirikan rumah tangga dengan Noorsuzilawati Mohd Noor pada 14 Mei 2005 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Akbar bersama isteri dan tiga cahaya matanya.

 

Artikel dalam sebuah blog hiburan.

Rita Rudaini pernah mendirikan rumah tangga dengan Akbar pada tahun 1999 dan mengambil keputusan berpisah pada tahun 2001.

Rita kemudian berkahwin dengan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak pada tahun 2008 dan berpisah pada 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Dalam pada itu, Rita dalam status media sosialnya juga mahu penulis blog berkenaan memohon maaf dalam tempoh 24 jam atau tindakan saman akan dibuat.- MalaysiaGazette