ALASKA – Tentera Amerika Syarikat berkata, sistem pertahanan peluru berpandu THAAD berjaya menembak jatuh sasaran semasa ujian di Lautan Pasifik.

THAAD atau Pertahanan Kawasan Ketinggian Terminal Tinggi, menghalang peluru berpandu balistik jarak sederhana yang sedang dibangunkan oleh Korea Utara.

Ujian itu dirancang beberapa bulan yang lalu, tetapi ia dijalankan di tengah-tengah ketegangan dengan Korea Utara berikutan program senjata negara itu.

4 Julai lalu, Pyongyang telah melancarkan ujian peluru berpandu antara benua (ICBM).

Pyongyang berkata, Hwasong-14 boleh membedil mana-mana di dunia namun tentera Amerika Syarikat mendakwa ia adalah peluru berpandu jarak sederhana.

Korea Utara telah berulang kali menentang resolusi Pertububan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melarang semua aktiviti nuklear dan peluru berpandu dan telah meningkatkan kadar ujiannya dalam beberapa bulan kebelakangan.

“Demonstrasi THAAD berjaya menentang ancaman peluru berpandu IRBM, melambangkan keupayaan pertahanan negara terhadap ancaman peluru berpandu Korea Utara dan negara-negara lain,” kata Agensi Pertahanan Peluru Berpandu Amerika Syarikat dalam satu kenyataan pada hari Selasa.

Sistem pertahanan di darat itu direka untuk memintas peluru berpandu balistik jarak dekat, sederhana dan perantaraan, telah mencapai sasaran semua 14 percubaan sejak ujian bermula lebih dari satu dekad yang lalu, tetapi ujian terbaru adalah kejayaan pertama IRBM, menurut pegawai Amerika Syarikat.

Dalam ujian yang dijalankan di Kodiak, Alaska, THAAD menembak jatuh sasaran peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari pesawat C-17 yang terbang di utara Hawaii, menurut agensi itu.

Amerika Syarikat telah memasang THAAD di Guam dan di bekas lapangan golf di Korea Selatan, menimbulkan kemarahan rakyat negara itu.

THAAD yang ditempatkan di daerah pusat Seongju, yang mana ia berpotensi menjadi sasaran untuk menyerang dan membahayakan nyawa penduduk yang tinggal berdekatan. – MalaysiaGazette