KUALA LUMPUR – Pelakon, Elfira Loy berpendapat Blockout 2024 yang merupakan gerakan boikot harus dilakukan oleh semua pihak termasuk golongan selebriti.
“Kalau Allah tak suka, kenapa kita nak okey kan. Jika tahu rezeki itu datang daripada Allah, belajar untuk lepaskan.
“Percayalah Allah akan beri lebih baik,” katanya dalam Instagram di sini,
Elfira menambah, kelantangan dan tindakannya memboikot pelbagai jenama mula tercetus apabila ada pihak membicarakan hal sama terhadapnya sebelum ini.
“Sepuluh kali fikir hendak bercakap tentang ini tetapi akhirnya teruskan sahaja.
“Sebab dahulu ada orang cakap begini pada saya dan itu yang membuatkan mula sedar tentang kepentingan boikot,” katanya.
Sejak beberapa hari lalu, wujud kempen Blockout 2024 dalam media sosial bagi memboikot selebriti dunia yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin. – MalaysiaGazette















