Rex Tillerson

KUWAIT – Amerika Syarikat dan Qatar menandatangani memorandum persefahaman (MOU) semalam mengenai langkah-langkah yang akan diambil oleh negara Teluk Parsi untuk menghalang pembiayaan keganasan.

Perjanjian itu dalam usaha menghentikan ketegangan negara-negara Teluk dengan Qatar.

MoU itu dilakukan di Doha, yang mana Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson menghabiskan hari untuk menyelesaikan pertikaian serantau yang membimbangkan Amerika Syarikat.

Kegagalan menyelesaikan krisis empat negara Teluk dengan Qatar akan menggagalkan usaha memerangi Kumpulan IS Iraq dan Syria serta memberi kemenangan kepada Iran.

Tillerson akan terbang ke bandar Jeddah di Saudi hari ini untuk membincangkan krisis dengan menteri luar dari empat negara Teluk – Arab Saudi, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu dan Mesir.

Blok Arab memutuksn hubungan perdagangan dan diplomatik dengan Qatar sebulan yang lalu selepas menuduh Dohan memberi sokongan kewangan kepada kumpulan pengganas.

Qatar telah menolak 13 tuntutan oleh negara-negara Teluk itu termasuk menutup rangkaian televisyen al Jazeera, yang mengkritik banyak kerajaan di rantau tersebut.

Malah, Qatar telah menafikan tuduhan itu dan menganggap tindakan memutuskan hubungan diplomatik itu sebagai pelanggaran terhadap kedaulatan dan kemerdekaannya.

Walaupun Trump memihak kepada Arab Saudi dalam barisan, Tillerson memberitahu pandangan Qatar adalah “munasabah” dan beliau optimis dengan perbezaan tersebut.

“Saya berharap kita boleh membuat beberapa kemajuan untuk membawa ke titik penyelesaian,” kata Tillerson semalam. – MalaysiaGazette