Foto Instagram Ezlynn

KUALA LUMPUR – Kemelut rumah tangga, penyanyi Ezlynn akan berakhir apabila suaminya, Adam Fahmy bersetuju untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Keputusan itu dimaklumkan oleh penyanyi lagu Hi Bye Bye itu di laman sosial Instagram miliknya.

Ezlynn turut memuat naik sebuah gambar berserta kapsyen seolah-olah dia berasa lega dengan keputusan tersebut.

Menerusi postingnya itu, jelas kelihatan seperti Ezlynn turut bersyukur kerana akhirnya semua orang sudah tahu akan kebenarannya.

Berikut kapsyen penuh yang ditulisnya:

“Yeay…done.. good day indeed… Alhamdulilah finally everyone knows the true now…”

Dalam pada itu, Ezlynn turut memuat naik madah dalam Bahasa Inggeris yang berbunyi:

“Semua orang berhak untuk gembira. Bukan di dalam pelukan seseorang yang buat kamu ternanti, tetapi milik seseorang yang akan sentiasa berada di sisi, mencintai kamu selamanya dan tidak akan meninggalkan kamu.

“Morning everyone Alhamdullilah pagi ni bangun hati sangat tenang… walaupun dah tahu jawapannyer… means I’m happy where I’m now.. the best decision I ever made.. happy working everyone…,” tulisnya.

Mahkamah mene­tapkan 21 Ogos ini untuk sebutan semula kes mereka.

Pada 31 Mei lalu, Ezlynn memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada Januari lalu.

Permohonan cerai difailkan Ezlynn mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.

Hakim Syarie Mohamed Hizwan Mohamed Nor dalam sebutan kes itu memerintahkan penyanyi tersebut bersama suaminya menghadiri sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) berikutan suaminya tidak bersetuju untuk meneruskan perceraian secara baik. – MalaysiaGazette