Internet Troll

NEW YORK – Kira-kira empat dalam 10 orang warga Amerika secara peribadi mengalami gangguan dalam talian – melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter, menurut tinjauan Pusat Penyelidikan Pew.

Kaji selidik menunjukkan 41% daripada 4,248 responden telah mengalami gangguan melalui serangan nama-nama yang menyinggung dan memalukan, meningkat daripada 35% berbanding pada tahun 2014 ketika kali terakhir Pew menjalankan tinjauan sama.

Hampir satu dalam lima berkata, mereka mengalami lebih banyak gangguan yang teruk seperti ancaman fizikal, penderitaan dan gangguan seksual.

Lelaki lebih cenderung mengalami gangguan dalam talian berbanding wanita secara keseluruhan – 44% berbanding 37% bagi wanita tetapi terutamanya wanita muda yang lebih cenderung menjadi sasaran gangguan seksual.

Dua daripada 10 wanita berumur 18 hingga 29 tahun berkata, mereka telah dimalukan secara seksual dalam talian dan lebih separuh berkata, mereka telah dikirim dengan imej-imej yang dieksploitasi, menurut kajian itu.

Tempat yang paling biasa dijadikan platform gangguan adalah media sosial, dengan 58% mengatakan insiden terbaharu mereka berlaku di media sosial. – MalaysiaGazette