IPOH – Seorang lelaki rentung apabila kereta dipandunya terbakar selepas terbabas ke laluan bertentangan dan dirempuh sebuah kereta di Km321.6 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, berhampiran susur keluar Tapah, di sini, awal pagi ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw, Lim Chin Teck, 26, dari Taiping, maut di tempat kejadian dalam kejadian kira-kira 3.15 pagi itu.

“Kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang jalan dan telah masuk ke lorong kanan dan dirempuh kereta Toyota Estima yang tidak sempat mengelak dan mengheret kereta mangsa sejauh 100 meter,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.- BERNAMA