KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan dakwaan satu posting di media sosial yang mendakwa notis “Maklum Balas Rumah Berkunci” sebagai notis palsu oleh pihak tertentu bagi tujuan rompakan.

Posting yang sama juga telah dinafikan oleh TNB apabila ia pertama kali ditularkan tahun lalu.

“Untuk makluman, notis yang ditularkan telah dikeluarkan sebagai satu prosedur biasa.

“Ia dikeluarkan apabila warga kerja tidak dapat mengakses meter disebabkan premis pengguna tidak dapat dimasuki akibat pintu pagar berkunci atau terdapat halangan lain,” ,” kata Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna), Bahagian Pembahagiaan TNB, Ir. Kamaliah Abdul Kadir.

Beliau menambah, notis dalam format baharu telah pun digunakan untuk menggantikan notis seperti yang telah ditularkan.

Pengguna dinasihatkan agar tidak berkongsi posting tersebut kerana ia telah menyebabkan gangguan kepada pegawai yang namanya tertera di notis berkenaan. – MalaysiaGazette