MILAN – Inter Milan tampil dengan syarat tambahan kepada Manchester United jika masih lagi berminat dengan bintang mereka, Ivan Perisic.

Pemain antarabangsa Crotia itu terus menjadi buruan Jose Mourinho sejak jendela perpindahan dibuka untuk menyarung jersi United pada musim depan.

United dikatakan mahu perpindahan Perisic menjadi kenyataan sebelum Red Devils memulakan siri jelajah pramusim di China pada Selasa.

Ia disokong oleh kehendak pemain berusia 28 tahun itu yang juga mahu berpindah ke Old Trafford.

Sebelum ini, United membuat dua bidaan iaitu bernilai 36 juta pound sterling dan 39 juta pound sterling namun ditolak kerana Inter tetap dengan nilai sebanyak 48 juta pound sterling.

Bagaimanapun, Perisic bole didapati dengan harga murah apabila Inter mahu penyerang Red Devils sebagai pertukaran pemain pinjaman.

Namun United mungkin mempertimbangkan syarat itu memandangkan barisan depan Mourinho sudah kehilangan Wayne Rooney yang berpindah ke Everton manakala Zlatan Ibrahimovic juga belum pasti menyambung kontrak ekoran krisis kecederaan. – MalaysiaGazette