Alexis Sanchez

ENGLAND – Bintang Arsenal Alexis Sanchez dilaporkan sudah membuat keputusan mengenai masa depannya dan mengintai peluang beraksi dalam pasukan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Namun penyerang antarabangsa Chile itu, impian itu tidak memihak kepadanya dan perlu menunggu Arsenal untuk kembali ke pentas Eropah itu.

Sanchez, 28, berkata sejak kecil lagi dia mendukung impian untuk beraksi dan menjulang piala Liga Juara-Juara Eropah yang berprestij itu.

“Adalah menjadi impian sejak kecil untuk beraksi dalam ┬áLiga Juara-Juara Eropah da julang piala sangat menarik itu,” katanya.

Pasukan gergasi Eropah seperti Bayern Munich dan Manchester City sudah mula mengalih minat ke arah bekas pemain prolifik Barcelona itu.

Pun begitu, Pengurus the Gunners, Arsene Wenger mendakwa perbualan ringkas bersama Sanchez memberi harapan pemain itu akan memperbaharui kontrak untuk kekal di Emirates. – MalaysiaGazette