KUALA LUMPUR – Bina Darulaman Berhad (BDB) bakal membangunkan projek pembangunan mewah Puncak Harmoni di Kuala Kangsar, Perak dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM44 juta.

Projek yang dibangunkan oleh anak syarikat BDB iaitu Kedah Holdings Sdn. Bhd. itu melibatkan pembinaan 84 buah rumah dalam tempoh 24 bulan di tanah seluas 3.4 hektar.

Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff berkata, projek perumahan Pucak Harmoni itu menawarkan tiga jenis produk iaitu rumah teres tingkat, rumah berkembar dua tingat dan rumah banglo dua tingkat, yang mana rumah teres dua tingkat mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik
air .

Harga kediaman itu ditawarkan pada harga minimum RM426,580.

Bagi rumah berkembar dua tingkat mempunyai empat bilik tidur, sebuah bilik tidur kecil dan lima buah bilik air dan ditawarkan pada harga minimum RM701,190 manakala rumah banglo dua tingkat yang mempunyai dengan lima bilik tidur, sebuah bilik belajar dan lima bilik air bermula pada harga harga minimum RM887,150.

Jelasnya, Puncak Harmoni ini sahaja mahu diperluaskan di luar Kuala Kangsar dan di negeri lain. – MalaysiaGazette