Home Ekonomi Pelabur asing beli RM305.1j ekuiti tempatan minggu lalu

Pelabur asing beli RM305.1j ekuiti tempatan minggu lalu

KUALA LUMPUR – Pelabur-pelabur asing membeli sebanyak RM305.1 juta ekuiti tempatan minggu lalu – rekod tertinggi sejak minggu berakhir 12 Mei lalu.

MIDF Research dalam laporan mingguan berkata, jumlah itu lebih tinggi berbanding yang dilaporkan oleh bursa Thailand, Indonesia dan Filipina.

Firma penyelidikan itu berkata, pelabur asing adalah pembeli bersih dalam tempoh tiga daripada lima hari dagangan.

Pembelian asing paling tinggi pada minggu ini dicatatkan pada hari Khamis dengan jumlah RM166.9 juta, tertinggi sejak 23 Jun lalu.

“Pemangkin bagi pembelian asing pada hari Khamis adalah keuntungan semalaman di Wall Street berikutan kenyataan berhati-hati Pengerusi Rizab Persekutuan Janet Yellen terhadap dasar monetari Amerika Syarikat,” katanya.

Firma penyelidikan itu berkata, pembelian asing minggu lalu meningkatkan jumlah aliran masuk kumulatif tahun ini ke paras melebihi RM10 bilion kepada RM10.27 bilion.

Penyertaan pelabur asing meningkat semula pada paras yang tinggi minggu lepas manakala penglibatan pelabur runcit memberangsangkan.

Katanya, jumlah dagangan purata harian (ADTV) meningkat sebanyak 41 peratus bagi minggu kepada RM1.12 bilion.

Menurut MIDF Research, ADTV meningkat sebanyak 29 peratus kepada RM831.7 juta selepas tiga minggu berturut-turut berada di bawah RM650 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast