BANGKOK – Seorang anggota tentera berpangkat jeneral, dua ahli politik dan pegawai polis meruapakan antara 62 orang yang didapati bersalah dalam perbicaraan pemerdagangan manusia terbesar dalam sejarah Thailand.

Antara mereka yang didapati bersalah dalam pemerdagangan manusia – daripada sejumlah 103 orang – juga didapati terlibat dalam jenayah rentas negara terancang, penahanan secara paksa sehingga menyebabkan kematian dan rogol, lapor ABC.

Perbicaraan yang bermula pada 2015 dicemari dengan dakwaan ugutan kepada saksi, penterjemah dan penyisat polis.

Mahkamah di Bangkok mengambil masa lebih 12 jam untuk membuat keputusan dengan kumpulan hak asasi berkata, ia menunjukkan kerajaan serius menghukum mereka yang bersalah.

“Mahkamah ini menjatuhkan hukuman ke atas 62 defenden terhadap 13 dakwaan,” kata mahkamah jenayah dalam satu kenyataan.

Dalam hukuman yang dijatuhkan mahkamah itu ke atas seorang lelaku Rohingya, Soe Naing – dikenali sebagai Anwar, dijatuhkan hukuman penjara selama 94 tahun dengan polis menyatakan dia merupakan individu utama di belakang rangkaian pemerdagangan manusia yang ganas yang mengendalikan kem dalam hutan di mana berpuluh-puluh orang telah terbunuh.

Defenden itu, antara warga Myanmar, didakwa menyeludup dan memperdagangkan pelarian di sempadan Thailand-Malaysia.

Perdana Menteri yang merupakan ketua junta tentera, Prayuth Chan-ocha meminta penduduk Thailand tidak menyalahkan anggota tentera terhadap pemerdagangan manusia, yang merujuk kepada perbicaraan jeneral tentera itu, Manas Kongpan, pegawai paling kanan ditahan pada 2015.

Manas dijatuhkan hukuman penjara selama 27 tahun.

Kedua-dua ahli plolitik yang didapati bersalah, Patchuban Angchotipan, bekas pegawai kerajaan di Satun yang lebih dikenali dengan pangilan ‘Big Brother Tong’ dan Bannakong Pongphol, bekas Datuk Bandar Padang Besar di Songkla, masing-masing dijatuhkan hukuman penjara selama 75 tahun dan 78 tahun.

Perbicaraan bermula pada 2015 selepas Thailand menumpaskan kumpulan pemerdagangan manusia berikutan penemuan kubur berpuluh-puluh mangsa kegiatan itu berhampiran sempadan Thailand-Malaysia dengan pihak berkuasa menyatakan ia merupakan sebahagian kem dalam hutan di mana anggota kumpulan terbabit menahan para pelarian sebagai tebusan sehingga sanak saudara mereka melakuakkan pembayaran untuk membebaskan mangsa.

Ramai yang tidak dapat mepaskan diri. Sesetengah mangsa yang mati adalah Rohingya – monoriti Muslim dari negeri Rakhine, Myanmar – walaupun Thailand masih belum mendedahkan laporan penuh tentang kubur itu dan keputusan ujian forensik, bedah siasat.

Kumpulan hak asasi berkata, walaupun serbuan dan perbicaraan dilakukan pada 2015 rangkaian pemerdagangan manusia masih lagi utuh.

“Kami percaya serbuan itu hanya satu gangguan kepada rangkaian pemerdagangan manusia tetapi rangkaian tersebut masih lagi utuh,” kata Amy Smith, pengarah eksekutif kumpulan hak asasi, Fortify Rights kepada pemberita.

Thailand yang menafikan sindiket pemerdagangan manusia masih lagi subur berkata, ia telah melumpuhkan aktiviti itu.

Thailand has historically been a source, destination and transit country for men, women, and children who are often smuggled and trafficked from poorer, neighbouring countries including Cambodia, Laos, and Myanmar to work in Thailand or further afield in Malaysia, often as labourers and sex workers.

Thailand merupakan sumber, destinasi dan negara transit untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak dari negara jiran yang miskin seperti Kemboja, Laos dan Myanmar bekerja di Thailand atau lebih jauh lagi ke Malaysia sebagai buruh atau pekerja seks. – MalaysiaGazette