Suspek ketika ditahan SPRM.

JOHOR BAHRU – Seorang pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor ditahan pada kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada syarikat penyedia Environmental Management Plant (EMP).

Suspek lelaki berusia 40 tahun berjawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan C44 merupakan Ketua Bahagian Pembangunan dan Ketua Unit Penguatkuasaan Penilaian Kesan Alam Sekitar, JAS, di sini.

Suspek ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor pada 4 petang ini. – MalaysiaGazette