gambar hiasan
Gambar hiasan

LONDON – United Kingdom akan mengharamkan penggunaan diesel dan petrol bagi kereta dan van pada tahun 2040 dalam usaha menangani pencemaran udara.

Kerajaan negara itu turut mengumumkan dana berjumlah 255 juta pound untuk membantu majlis-majlis memperkenalkan langkah untuk menangani pencemaran daripada kenderaan diesel.

Ia adalah sebahagian daripada perbelanjaan bernilai 3 bilion pound untuk projek kualiti udara.

Langkah yang diambil itu susulan pengumuman yang sama dibuat oleh Kerajaan Perancis pada awal bulan ini.

Kerajaaan akan menerbitkan mandat mahkamah berhubung strategi pembersihan udara untuk menangani paras nitrogen dioksida sebelum dibawa kepada Mahkamah Tinggi.

Menteri-menteri telah ditetapkan strategi rancangan udara bersih pada bulan Mei lalu dengan langkah-langkah terakhir yang perlu dilakukan pada 31 Julai ini.

Mengikut rancangan yang dijangka diumumkan hari ini, pihak berkuasa tempatan boleh mengenakan levi kepada pemandu kenderaan diesel mulai 2020, jika kualiti udara tidak bertambah baik. – MalaysiaGazette