Home Ekonomi AirAsia tawar diskaun untuk melancong secara berkumpulan

AirAsia tawar diskaun untuk melancong secara berkumpulan

KUALA LUMPUR – AirAsia Berhad menawarkan diskaun hingga 45 peratus dengan melancong secara berkumpulan dalam tempahan yang sama.

Tawaran bagi penerbangan AirAsia X itu adalah bagi laluan dari Kuala Lumpur ke Sydney, Gold Coast, Beijing, Hangzhou; Kuala Lumpur ke Shantou, Tiruchirappalli, Pekanbaru, Kalibo, Pattaya, Alor Setar, Sibu, Johor Bahru, Langkawi dan lain-lain dengan penerbangan AirAsia.

“Lebih ramai dalam tempahan berkumpulan, lebih banyak penjimatan,” kata AirAsia dalam kenyataan di sini.

Bagi penerbangan dua orang, diskaun yang ditawarkan adalah sebanyak 15 peratus, 25 peratus (dua orang), 35 peratus (tiga orang) dan 45 peratus untuk empat hingga sembilan orang.

Promosi ini juga merangkumi destinasi baharu AirAsia seperti Kuala Lumpur-Sihanoukville, Langkawi-Shenzen dan Langkawi-Kuching, yang akan bermula pada 9 Ogos 2017 ini.

Bukan itu sahaja, jika anda menempah penerbangan Fly-Thru atau Premium Flatbed AirAsia X diskaun sebanyak 20 peratus diberikan.

Promosi ini bagi tempahan melalui airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia dari 31 Julai 2017 hingga 6 Ogos 2017 untuk penerbangan dari 26 Februari hingga 28 Ogos 2018. – MalaysiaGazette