Ribut Nesan menyebabkan hujan lebat dan angin kencang di Taiwan. foto Gurdian

TAIPEI – Taufan Nesat yang melanda Taiwan pagi ini mencederakan lebih daripada 80 orang, memaksa ibu kota menghentikan beberapa perkhidmatan utama dan ratusan kediaman pula mengalami gangguan bekalan elektrik.

Empat puluh orang terperangkap di bahagian selatan pulau itu, terutamanya disebabkan oleh banjir, kata kerajaan.

Taufan Nesat adalah taufan kuat melanda bumi negara itu semalam, dijangka berlarutan dua hari lagi bakal menjejaskan bahagian selatan, menurut Biro Cuaca Tengah.

Kelajuan angin taufan yang dicatatkan sekitar 119 kilometer sejam.

Kira-kira 80 orang pekerja penyelamat dilaporkan cedera dengan tiga orang lagi telah dirawat di hospital.

Di ibu kota Taipei, semua kerja-kerja dan perkhidmatan pengumpulan sampah, perkhidmatan sewa basikal telah dihentikan.

Manakala jadual perkhidmatan tren bawah tanah telah diubah.

Syarikat penerbangan Taiwan, Eva Airways Corp pula telah membatalkan 42 penerbangan dalam penerbangan yang menjejaskan hampir 10,000 orang penumpang.

Gangguan bekalan elektrik telah menjejaskan kira-kira setengah juta kediaman tetapi awal pagi ini kira-kira 360,000 kediaman sudah mendapat bekalan semula.

Di wilayah Fujian, lebih daripada 3,100 orang penduduk pantai telah dipindahkan yang turut terkesan dengan taufan itu, kata media rasmi China Xinhua.

Ribut itu dijangka melanda tanah besar China awal Ahad, dan hujan lebat berterusan hingga Rabu. – MalaysiaGazette