Home Ekonomi 48% pinjaman negeri tidak bayar ikut jadual

48% pinjaman negeri tidak bayar ikut jadual

KUALA LUMPUR – Pada akhir tahun 2016, sebanyak 432 (47.7 peratus) daripada 906 pinjaman Kerajaan Negeri tidak dibayar balik mengikut jadual yang ditetapkan .

Tempoh tunggakan adalah antara satu hingga 22 tahun.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 berkata, tunggakan bayaran balik pinjaman Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM0.240 bilion (6.0 peratus) iaitu daripada RM3.985 bilion pada akhir tahun 2015 menjadi RM4.225 bilion pada akhir tahun 2016.

Peningkatan tunggakan ini melibatkan pinjaman negeri Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sabah dan Terengganu manakala tunggakan bayaran balik pinjaman bagi Johor, Perak, Sarawak dan Selangor telah berkurangan.

Sejumlah RM0.482 bilion (9.8 peratus) telah dibayar balik oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2016 berbanding dengan RM4.898 bilion yang sepatutnya dibayar balik (tunggakan dan anuiti tahun 2016). – MalaysiaGazette