Home Dunia Bateri telefon terbakar dalam pesawat

Bateri telefon terbakar dalam pesawat

COLOMBO – Kru kabin pesawat Sri Lanka Airlines yang membawa 202 penumpang terpaksa memadamkan kebakaran yang dicetuskan oleh bateri telefon bimbit yang disimpan di dalam tempat menyimpan barang dalam pesawat itu.

Syarikat penerbangan itu berkata, insiden itu berlaku dalam penerbangan dari Kochi, India ke Colombo pada Ahad lalu.

Asap dikesan sejurus selepas penumpang diberi makan pada 70 minit dalam penerbangan itu.

Kru kabin mengesyaki kebakaran disebabkan oleh bateri lithium.

“Bagasi penumpang itu terpaksa diletakkan di dalam air selepas alat pemadam api gagal untuk memadam asap. Tindakan itu berjaya,” kata syarikat penerbangan itu.

Siasatan yang dijalankan, kru kabin menemui bungkusan bateri lithium dan dua telefon mudah alih dalam beg. Namun syarikat penerbangn itu tidak memaklumkan model telefon bimbit dan bateri tersebut.

Pada Oktober tahun lalu, Sri Lankan Airlines telah menyertai pengharaman telefon bimbit Samsung Note 7 dalam semua penerbangannya. – MalaysiaGazette