KUALA LUMPUR – Iris Corp. Bhd. mengumumkan pelantikan Datuk Nik Azman Mohd. Zain sebagai pengerusi berkuatkuasa hari ini susulan peletakan jawatan Tan Sri Razali Ismail.

Dalam kenyataannya, Iris berkata, Razali meletakkan jawatan untuk memberi fokus kepada urusan peribadinya,

“Razali yang menjadi pengerusi syarikat sejak 2002 adalah individu yang bertanggungjawab menyediakan panduan di dalam menguruskan hubungan antarabangsa kerajaan,” kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Nik Azman berkata, beliau tidak sabar untuk bekerja dengan ahli-ahli lembaga pengarah dan pasukan pengurusan untuk kekal fokus kepada Pelan Penstrukturan Semula Korporat Iris Corp.

Beliau dilantik sebagai ahli lembaga pengarah pada 4 Jun 2015 dan ketika ini merupakan Pengerusi National Bank of Abu Dhabi Malaysia dan Pengarah Bebas Felda Investment Corp. Sdn. Bhd.- MalaysiaGazette