Gambar menunjukkan Menara Torch yang terbakar di Dubai awal hari ini.

DUBAI – Kebakaran besar berlaku di salah sebuah bangunan kediaman tertinggi dunia di Dubai awal hari ini.

Agensi berita CNN melaporkan, tiada sebarang kecederan atau kematian dilapor dalam insiden tersebut dan kawasan sekeliling lokasi kejadian sudah dikosongkan.

Menurut laporan itu, api menjulang dari sisi menara Torch yang terletak di daerah mewah Marina dan ia merupakan kebakaran kedua dialami bangunan berkenaan sejak 2015, menyebabkan serpihan kebakaran melayang ke bawah.

“Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini dalam kejadian kebakaran di Menara Torch.

“Pertahanan Awam Dubai berjaya mengosongkan bangunan itu dan berusaha mengawal api,” kata kerajaan dalam akaun Twitter.

Penduduk dan saksi menyiarkan imej dan gambar bangunan setinggi 79 tingkat itu yang terbakar di media sosial.

Ratusan penduduk dipindahkan pada 2015 semasa insiden kebakaran besar itu berlaku. – MalaysiaGazette