Arsenal memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan menjulang Piala Perisai Komuniti menundukkan Chelsea 4-1 menerusi sepakan penalti di Stadium Wembly, London. foto: The Sun

LONDON – Arsenal menjulang piala Perisai Komuniti menentang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea menerusi sepakan sepakan 4-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Wembley.

Pada penentuan penalti itu, hanya Gary Cahill berjaya menjaringkan gol manakala usaha Thibaut Courtois dan Alvaro Morata menemui kegagalan.

Kesemua pemain Arsenal, Theo Walcott, Nacho Monreal, Alex Oxlade-Chamberlain dan Olivier Giroud, menyempurnakan tanggungjawab mereka.

Terdahulu, kedua-dua pasukan gagal membuka jaringan pada babak pertama namun Chelsea memecah kebuntuan seminit selepas perlawanan disambung menerusi pemain sayap, Moses.

Bagaimanapun, ketika perlawanan berbaki lapan minit, skuad bimbingan Arsene Wenger bangkit menyamakan kedudukan menerusi Sead Kolasinac sejurus selepas Pedro dilayang kad merah kerana menerjah Mohamed Elneny. – MalaysiaGazette