KUALA LUMPUR – Bekas pembantu khas kepada bekas Pengerusi Felda, Zahid Mat Arip hari ini dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 oleh mahkamah Putrajaya.

Pada 1 Ogos lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman Zahid bagi membantu siasatan pembelian hotel yang dilakukan Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak.

Beliau yang berbaju lokap SPRM melahirkan kesyukuran dengan pembebasan itu sebelum menaiki kereta meninggalkan mahkamah.

Zahid, 51, merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan bekas pemimpin kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast