KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Klang akan mengalami gangguan bekalan air pada 10 hingga 11 Ogos ini berikutan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air di hadapan Kilang Mapletree, bersebelahan Sungai Damansara dan persimpangan Seksyen 25.
Gangguan bermula pada pukul 8 pagi 10 Ogos sehingga 2 petang 11 Ogos ini.
Kawasan-kawasan terlibat di Klang ialah Seksyen 25, Taman Nagasari, Jalan 25/126 & Jalan 25/127 Sri Muda, Harun Estate/ Selatevan, Flat PPRT Seksyen 26, Batu 4 Kg Jawa, Batu 2 ½ – Batu 8 Bukit Kemuning, Kg Bukit Naga, Kg Teluk Menegun, Taman Desa Latania, Kg Jawa, Jalan Hulubalang, Taman Sentosa, Kg Sungai Kandis, Berjaya Park, Taman Maznah, Johan Setia, Taman Alam Nyata, Jalan SU5 – SU8 (Lion Industrial Park), Jalan 33/1 – 33/4 Seksyen 33 & Jalan 33/19 – 33/32 Seksyen 33 dan Taman Samarinda
Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 10 Ogos, kata Kumpulan Air Selangor. – MalaysiaGazette
















