Home Ekonomi Syiling peringatan 100 tahun industri sawit dijual mulai esok

Syiling peringatan 100 tahun industri sawit dijual mulai esok

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia akan mula menjual duit syiling peringatan sempena Ulang Tahun Industri Minyak Sawit Malaysia ke-100 pada tahun 2017 mulai esok.

Jualan itu berlangsung di di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) dan di pejabat Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu.

Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan oleh Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi di Muzium dan Galeri Seni, Bank Negara Malaysia pada akhir bulan lalu.

Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM230 sekeping. Sebanyak 700 keping sahaja ditempa.

Manakala duit syiling emas nordic mempunyai nilai muka RM1 dan harga jualannya RM10 sekeping. Sebanyak 13,000 keping sahaja ditempa. Harga tertakluk kepada 6 peratus GST.

Bank Negara Malaysia berkata, jualan itu berdasarkan proses pengundian bagi memastikan pengagihan secara adil kepada para pembeli.

Pendaftaran pembelian akan diterima mulai pukul 7 hingga 11 pagi pada 9 Ogos 2017 di lokasi jualan.

Semua pendaftaran pembelian yang diterima akan mendapat peluang yang sama untuk membeli duit syiling ini melalui proses pengundian.

Memandangkan jualan duit syiling peringatan ini bukan berasaskan Siapa Dulu, Dia Dapat, orang ramai dinasihati supaya tidak beratur di lokasi jualan sebelum pukul 7 pagi.

Pengundian ini akan diadakan di lokasi jualan mulai pukul 11.30 pagi, kata Bank Pusat itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast