Home Utama 1MDB bayar IPIC

1MDB bayar IPIC

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menjelaskan pembayaran timbang tara berjumlah AS$350 juta kepada International Petroleum Investment Corportion (IPIC).

Syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu sepatutnya melunaskan pembayaran sebanyak AS$602.75 juta (RM2.58 bilion) pada pukul 12 tengah hari pada 1 Ogos lalu tetapi gagal.

Berikutan itu, IPIC memberi tempoh lima hari lagi dan 1MDB gagal membuat bayaran kali kedua, lantaran itu syarikat Abu Dhabi itu memberi tempoh sehingga 31 Ogos ini.

Syaratnya, 1MDB perlu membayar sekurang-kurangnya AS$310juta daripada jumlah AS$603 juta selewat-lewatnya pada 12 Ogos ini.

1MDB dalam satu kenyataan berkata, bakinya akan dijelaskan pada akhir bulan ini.

Ia berdasarkan Pindaan bertarikh 8 Ogos 2017 kepada Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC.

“Semua dana yang dibayar kepada IPIC adalah dari hasil program rasionalisasi yang berterusan,” menurut kenyataan pendek 1MDB. – MalaysiaGazette