Logo Lembaga Hasil Dalam Negeri

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) hari ini menafikan pihaknya menghantar e-mel notifikasi bayaran balik kepada pembayar cukai seperti yang tersebar di media sosial.

LHDNM dalam kenyataannya berkata bayaran balik lebihan cukai pendapatan yang berjaya diproses berdasarkan maklumat yang betul akan dikreditkan terus oleh pihaknya ke akaun bank pembayar cukai menerusi ‘Electronic Fund Transfer’ (pindahan dana secara elektronik) atau Baucar Bayaran Balik Cukai dan Cek Berpalang.

Menurut kenyataan itu bayaran balik cukai pendapatan bagi mereka yang mempunyai akaun di luar negara pula akan dikreditkan menerusi pindahan telegrafik.

Beliau berkata e-mel palsu yang dihantar itu mengkehendaki pembayar cukai untuk klik di pautan yang dilampirkan bagi menyemak kelayakan menerima bayaran balik cukai.

“LHDNM menasihatkan semua pembayar cukai agar berhati-hati dan tidak memberikan maklum balas terhadap sebarang arahan dalam e-mel tersebut,” katanya.

Katanya pembayar cukai boleh menghubungi Hasil Care Line LHDNM di talian 1800-88-5436 atau mana-mana cawangan LHDNM berhampiran untuk pengesahan terlebih dahulu bagi sebarang notifikasi yang diterima.

Nombor talian cawangan LHDNM boleh didapati di Portal Rasmi LHDNM iaitu www.hasil.gov.my.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast