Rakaman CCTV menunjukkan Kim Jong-nam mendongak melihat jadual penerbangannya di klia2 pada 13 Februari lalu. foto Asiaone

LONDON – Kim Jong-nam memberitahu rakan-rakanya bahawa beliau mahu berhijrah ke Eropah sebelum abang kepada pemimpin Korea Utara itu mati pada Februari lalu.

Jong-nam, 45, merupakan abang Kim Jong-un, dibunuh ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk penerbangan ke Macau apabila dua suspek wanita didakwa menyerkup mukanya dengan agen saraf VX.

Kini rakan-rakan beliau mendedahkan bagaimana Jong-nam menghabiskan hari-hari terakhir dengan menyatakan keinginan untuk berhijrah ke Eropah yang akan membuatkan beliau ‘tidak takut’ kepada apa-apa, lapor Daily Star.

Rakan sekolahnya, Mischa Aznavour, memberitahu BBC bahawa Jong-nam mahu berhijrah ke Switzerland di mana beliau telah menghabiskan masa remajanya menuntut di sebuah sekolah antarabangsa.

“Dia menghantar mesej kepada saya dengan berkata ‘Saya akan jumpa awak di Geneva, saya akan kembali dalam masa tiga hari.

“Dia seperti pulang semula ke Geneva, seolah mencari-cari semula zaman remajanya, sebahagian masanya dia tidak perlu berfikir tentang apa sahaja, tiada apa yang dirisaukan,” kata Mischa.

Seorang lagi rakan Jong-nam, Anthony Sahakian berkata, Jong-nam telah ‘mengecewakan pengawalnya ketika melawat Eropah’.

“Beliau berpendapat adalah lebih selamat dan lebih aman di sini, terutamanya di Switzerland.

“Adalah dia khuatir? Ya, adalah beliau memperkatakan tentang penghijrahan ke Eropah jika dia tidak sedikitpun gelisah? Mungkin,”  kata Sahakian.

Dua orang wanita yang dituduh membunuh Jong-nam menafikan melakukan perbuatan itu dan berkata mereka telah diperdaya untk mempercayai bahawa mereka terlibat dalam program realiti televisyen. – MalaysiaGazette