Home Dunia Pokok 200 tahun tumbang, 13 maut

Pokok 200 tahun tumbang, 13 maut

Pasukan keselamatan sedang mengeluarkan mangsa-mangsa yang maut dan cedera daripada tapak pokok besar yang runtuh di Madeira, Portugal. foto BBC

LISBON – Sebatang pokok berusia 200 tahun tumbang dan mengorbankan 13 orang dan mencederakan 49 mangsa yang lain di Madeira.

Pokok yang ditanam di dataran di pinggir bandar utama, Funchal itu tumbang menyebabkan orang ramai yang berkumpul di luar sebuah gereja untuk merayakan Pesta Katolik Roman menjadi panik.

Dua kanak-kanak dilaporkan terbunuh, dan beberapa yang cedera dikatakan warga asing termasuk dari Jerman, Hungary dan Perancis.

Presiden Portugis, Marcelo Robelo de Sousa melahirkan rasa terkejut dengan kejadian itu.

Bagaimanapun, de Sousa berkata, beliau tidak dapat memberi pandangan tentang tragedi itu kerana ia adalah ‘tanggungjawab pihak-pihak berkuasa wilayah’

Madeira adalah destinasi pelancongan popular bagi penduduk Eropah, merupakan pulau terbesar di utara Laut Atlantik.

Beberapa saksi yang dipetik oleh media RTP berkata, dahan-dahan pokok itu telah mula jatuh sejak dua tahun lalu, menyebabkan yang tinggal yang batang pokok tersebut. – MalaysiaGazette