Home Dunia Isteri Mugabe tidak boleh keluar Afrika Selatan

Isteri Mugabe tidak boleh keluar Afrika Selatan

Gabriella Engels menunjukkan kecederaan yang dialami di kepala selepas di pukul dengan wayar oleh Grace Mugabe. foto Agensi

CAPE TOWN – Afrika Selatan telah mengeluarkan amaran merah di sempadan Zimbabwe terhadap Grace Mugabe, kata Menteri Polis.

Isteri Presiden Robert Mugabe itu dituduh mencederakan seorang wanita, Gabriella Engels  dengan menggunakan wayar di sebuah hotel di Johannesburg.

Grace, 52, sepatutnya hadir ke mahkamah pada Selasa lalu tetapi gagal meskipun dipercayai berada di Afrika Selatan.

Mugabe juga berada di Afrika Selatan untuk menghadiri mesyuarat Jumaat ini.

Menteri Polis Afrika Selatan, Fikile Mbalula berkata: “Bagi pihak polis di sini, kami sudah pun meletakkan amaran di sempadan bagi beliau untuk keluar dari negara ini. Jadi tidak timbul persoalan berhubung perkara itu.

Semalam, menteri itu memaklumkan Kerajaan Zimbabwe telah memohon imuniti kepada Grace. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast