Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mohd. Isa Abu Kasim (kanan) selepas kejadian kemalangan di Bukit Beruntung pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mohd. Isa Abu Kasim cedera parah dalam satu kemalangan di Jalan Kuala Kubu Bhari, Rawang dekat Bukit Beruntung pagi tadi.

Selain itu, dalam kejadian yang sama, dua lelaki meninggal dunia dan tiga lagi cedera parah termasuk Mohd. Isa.

Kemalangan itu melibatkan dua buah kereta iaitu Toyota Caldina dinaiki dua lelaki yang terbunuh dan Toyota Fortuner yang dinaiki bekas wakil rakyat Barisan Nasional terbabit.

Mohd. Isa menaiki kereta bersama seorang lelaki dan seorang wanita yang turut cedera parah.

Kesemua mereka dibawa ke Hospital Kuala Kubu untuk dirawat.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast