Hafiz Hamidun dan isterinya selepas selesai Majlis Pernikahan Hafiz Hamidun dengan Siti Arifah Mohd Amin di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor. foto IQBAL BASRI, 01 MEI 2017

KUALA LUMPUR – Isu rumah tangga antara penyanyi Hafiz Hamidun dan isterinya Joy Revfa memasuki episod baharu apabila wanita itu memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan.

Permohonan itu dibuat oleh Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 30, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari di sini Jumaat lalu selepas meragui perkahwinan yang dibina bersama Hafiz pada 1 Mei lalu.

Joy berkata, dia terpaksa membuat permohonan itu selepas Hafiz, 33, mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah.

“Saya datang sini untuk berdamai dan bukan untuk bergaduh atau berbalah dengan suami. Apa yang saya lakukan untuk pertahankan hak sebagai isteri dan wanita yang teraniaya.

 “Saya nak buktikan perkahwinan kami ini sah, bukan seperti Hafiz katakan. Saya nak tuntut keadialan,” katanya kepada mStar Online. – MalaysiaGazette